Wednesday, July 13, 2011

sejenak,,,,

SEKIRANYA AKU BERKUASA PADA 9/7/2011

seminggu sebelum bersih.
hingga hari kejadian..
dan sehari selepas bersih aku meneliti,
...segala permulaan dan kejadian ini..

secara tidak bersembunyi,
aku merasakan niat bersih ini betul.
ikhlas untuk menambahbaik sistem Malaysia,

secara jujur, setelah meneliti segalanya,
membaca laporan kedua-dua belah pihak.
membaca laporan dari media antarabangsa,
aku merasakan bahawa tindakkan pihak berkuasa,
adalah kurang bijak dalam mengatasi maasalah ini.
Lebih spesifik semasa hari kejadian..

Oleh itu!

SEKIRANYA AKU BERKUASA PADA 9/7/2011..
setelah membuat pencegahan yg perlu,
dan menutup jalan-jalan yang di Kuala Lumpur,
aku akan mengarahkan pasukan Polis,
agar membiarkan mereka yang berhimpun itu,
berjalan dan hanya bertindak jika ada perkara terjadi.

SEKIRANYA AKU BERKUASA PADA 9/7/2011.
adalah lebih baik aku arah pasukan Polis,
mengiringi para perhimpun itu ke stadium Merdeka,
kerana didapati mereka tidak tahu arah,
untuk ke stadium merdeka..

SEKIRANYA AKU BERKUASA PADA 9/7/2011
aku akn suruh pihak Polis dan FRU mengiringi mereka,
kerana perbuatan itu adalah lebih bijak,
dan tidak menampakkan pihak berkuasa kejam..

SEKIRANYA AKU BERKUASA PADA 9/7/2011.
aku akan suruh pihak polis dan FRU,
berdiri disepanjang jalan yg dituju perhimpun,
memastikan tiada perkara buruk berlaku,
dalam kolompok perhimpunan itu.

SEKIRANYA AKU BERKUASA PADA 9/7/2011
Arahan menutup jalan itu akan aku gunakan,
bagi membiarkan mereka yg berhimpun itu,
berhimpun dijalan itu, kerana sudah ditutup,
bagi melancarkan perjalanan himpunan itu.

Prinsipnya mudah,
Harimau jika kita berinya daging,
dia pasti akan diam dan memakannya hingga kenyang..
Namun jikalau dia bertindak membaham kita,
setelah kita memberinya daging, kita tiada pilihan,
kecuali mengasari harimau itu..

Diaplikasi ke perhimpun bersih ini,
Pihak berkuasa Polis dan FRU,
sepatutnya memberi ruang kepada perhimpun ini,
walaupun sebelum ini kita kata JANGAN!
kerana manusia kita bila disebut JANGAN!
perkara JANGAN itu yang akan dilakukannya..

Lebih baik mengiringi mereka bagi memastikan,
tiada pihak ke-3 yg cuba mencetuskan rusuhan semasa
mereka berhimpun dan berarak ke destinasi mereka,
sekiranya mereka bertindak seperti harimau,
yang dimaksudkan diatas, baru tiada pilihan.

Kejadian semalam bagi aku,
Pihak berkuasa ada pilihan,
sama ada ingin di lihat bijak atau dilihat kejam,

Setelah menutup jalan, operasi pencegahan awal,
merampas parang dan bom petrol,
menangkap fahaman Komunis,
setelah segala yang dilakukan seperti diatas,
pihak berkuasa seharusnya memilih jalan bijak,
dengan membiarkan, mengiring dan mengawasi,
serta menjaga keselamtan mereka yang berhimpun semalam.
kerana mereka juga Orang Awam dan Rakyat Malaysia,

Semburan air, gas pemedih mata dan tolak menolak,
hanya akan menampakkan pihak berkuasa itu kejam,
pihak berkuasa itu ganas dan seperti hari ini..
segala gambar dan video diexploitasi pihak tertentu.
lebih-lebih lagi pihak media antarabangsa

Tapi malangnya,
AKU TIDAK BERKUASA PADA 9/7/11
semoga selepas ini tindakan yang lebih bijak,
bagi mengatasi situasi seperti ini..

Seharusnya pihak yang berhimpun semalam,
perlu dikenyangkan sebagaimana prinsip harimau tadi,
pasti gambaran buruk seperti hari ini,
tidak diexploitasi media-media antarabangsa..

anyway, itu sekadar pandangan peribadi aku,
dan sekadar
SEKIRANYA AKU BERKUASA PADA 9/7/2011..

ni pandangn seorg blogger..
 http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI
tgok la ni,,,